Blog Geng

CARA-CARA DAFTAR NAMA DALAM CHATROOM

-klik di ''setname'' di petak chatroom sebelah kanan bawah
-klik sign up
-masukkan username, password dan email anda
-jika keluar perkataan ''this screen has be taken, maknanya nama tu dah ada orang guna.. so guna username lain ok..
-lepas dah lepas proses isi username, leh la isi gambar....

KEPADA MEREKA YANG TAK DAPAT DENGAR MUZIK, SILA KLIK LINK INI KEMUDIAN REFRESH..http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2F67.220.77.92%3A8000%2Flisten.pls&h=dAQBAOyAs

''SELAMAT BERCHATING SAMBIL MENDENGAR WORLDWIDE RADIO FM
HIBURAN SEPANJANG MASA"

UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI RADIO INI SILA KLIK LINK INI http://w0rldwide.webs.com/chatroom.htm

Jumlah Paparan Halaman

ZUL. Dikuasakan oleh Blogger.

Bukan kaki mohong

Bukan kaki mohong

Followers

Radio Penang FM

Lagu Dimainkan: Loading...

Kotak Permintaan Lagu

TWITER

Chat box

RSS

Kesedihan dan jeritan batinku di malam raya.......

Alhamdulilah akhirnya sempurna sudah ibadah puasa kita tahun ni.... Takbir pon bersahut sahutan... lagu lagu raya semakin rancak di corong2 radio... suasana di bandar menjadi sunyi sebab ramai dh ada di kampong halaman masing2... entah kenapa aku masih lagi di bandar ni... esok dah raya... sanak saudaraku semua dah berkumpul di kampung tu... adik2 ku pon menelefon ku bertanyakan aku nak balik bila... ntah la napa... aku xde mood nak raya kali ni... ya.. salah satu sebab mungkin teringat arwah mak dan abah ku yg dah lama pergi tinggalkan kami... tapi alasan tu xleh di terima kalau aku kata xde mood nak raya tahun ni... aku dah besar so fikiran must be mactured ok...




Ok... setelah aku duduk seharian memikirkan apa yg menyebabkan aku xde mood nak raya adalah seperti berikut

  1. Tahun lepas punya raya, ada seorang sepupu aku, datang ke umah tokwan,  agak kaya la jugak aku tengok dia... semua pakcik makcik aku bertanyakan pada dia dan sembang dengan nye.. ye la org berjaya, mesti semua suka nak dekatkan diri... aku ni spm je.. yg aku sakit hati, aku dok depan pintu tu, aku hulur tangan nak salam ngan dia, dia leh wat xtau ja.. punya kerek nak cibai... berlagak seyy...
  2. Kebiasaan pagi2 raya aku sembahyang di kampungku di kedah, tapi kubur arwah mak abah aku ada di perak. so aku terpaksa meminta pertolongan pakcik aku untuk bawa kami 3 beradik pergi ziarah kubo tu.. so x syok la tiap2 tahun asyik nak minta hantar kan kan..
  3. sejak kematian mak dan abah, kami 3 beradik dah macam x wujud je kat kampong tu.. pakcik n makcik lain sibuk melayan sepupu2 yg masih ada mak n abah... melainkan klu nak cat umah,nak suh g kedai,bakar lemang baru la tegur kami... ingat kami ni apa.. xleh ke layan sama adil mcm sepupu2 lain..
  4. Dan lagi satu sebab aku xde mood nak raya tahun ni adalah target aku tahun lepas nak raya hebat2 tahun ni x tercapai, contohnye aku nak raya pakai kereta aku sendiri tahun ni, tapi motor pon x mampu beli lagi. ni disebabkan aku ditipu oleh majikan aku NFM . 4 bulan aku keje x bayar gaji, last2 baru aku tau kami pekerja dipergunakan... aku jatuh gila2 tahun ni sebab kan gaji x dibayar selama 4 bulan tu.. ekonomi aku betul2 down tahun ni dan tahun ni mmg tahun yg malang bg aku... hutang sana sini, duit umah tunggak 3 bulan, kekadang tu ada sampai aku nak makan pon x mampu... memang gila2 punya jatuh la... nasib baik aku ada kawan2 yg setia.. Zack arif banyak gak tolong aku masa aku susah, selalu bawa kua makan n lepak2, tarmizi pon rajin gak bawa aku makan2, dan insan yg paling aku xkan lupa adalah si dia Nurfarhanah, dh byk dah aku susahkan dia selama hubungan kami 8 tahun. maafkan aku semua... aku x minta untuk jatuh gila2 tahun ni...

Kekadang bila aku susah n bersedih, aku akan sentiasa teringat arwah mak aku... terdetik dalam hati alangkah bagus kalau mak ada lg skang...tapi aku xleh la nak bersedih je kan...


Sorry la semua... aku saja je nak luahkan apa yg ada dlm hati ku ni kat sini... x suka xpe... pape pon aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA untuk hampa semua... di harapkan hampa semua heppy2 selalu n ceria di hari raya esok ok... aku pon xtau esok aku nak raya ke x... baju raya pon aku x bli tahun ni.... ye la sebab aku jatuh kaw kaw tahun ni kan... tapi aku percaya ada hikmah sebalik semua ni... 

Ya Allah... jika aku susah begini adalah jalan terbaik Kau tunjuk padaku... maka aku redha dengan ketentuanMu ya Allah......





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Milionaire umur 17 tahun... dasyat2...

Ashley memulakan bisnesnya pada tahun 2004 dengan hanya $8 domain dan juga komputernya. Ketika itu Ashley berusia 14 tahun dan tidak sedar bahawa dia sedang memulakan bisnes ketika itu. Ashley sangka websitenya hanya untuk memudahkan dia berkongsi layout rekaannya dengan rakan Myspace.
Pada tahun 2006, websitenya mula menarik perhatian Ian Moray, Manager media development ValueClick Media. Bermula dari saat itulah, Ashley mula menghasilkan pendapatan yang mengejutkan. Ketika itu, Ian Moray langsung tidak ketahui bahawa pemilik Whateverlife.com ialah seorang remaja. Sehinggalah setahun kemudian, apabila Fast Company Magazine menghubungi Ian Moray untuk meminta pandangannya untuk digunakan di dalam artikel mengenai Ashley Qualls. Mulai saat itulah Ian Moray baru mengetahui umur sebenar Ashley Qualls. Pada waktu yang sama juga, Ashley telah pun menjana $70K setiap bulan, dan Ian Moray amat gembira dengan pencapaian websitenya.

Apa yang boleh dipelajari disini ialah jangan buat sesuatu kerana duit, lakukanlah sesuatu kerana minat yang mendalam. Contoh jika anda seorang peniaga kedai makan, jangan anda memasak kerana inginkan duit, tetapi masaklah kerana anda ingin pelanggan anda makan masakan yang lazat. Secara tidak langsung, pelanggan anda akan semakin ramai......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.
Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….
''Cinta adalah ketika ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia...Cinta adalah ketika dia mula mencintai orang lain dan kamu masih lagi boleh tersenyum sambil berkata  "AKU TURUT BERBAHAGIA UNTUKMU"......  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Di mana mood syawalku.....

Erkk... pelikkan tajuk post kali ni... hukhuk ntah la... napa aku x rasa bahang raya lagi mcm org lain... mcm xde pape pon raya kali ni... mungkin sebab ada benda aku x capai lagi... sebab tahun lepas aku nak raya tahun ni sekian sekian (rahsia) tp x dapat gak tahun ni... so maybe thats why ku xde mood raya lg ni.. haaa yg ku tau main snuker je ngan kawan aku... syok ooo main snuker... xyah kua duit nak bayar... yg kalah je kena bayar... hehehe... raya kali ni banyak gak aktiviti aku nak buat... before raya aku kena ke kubur nak bersihkan kubur arwah mak abah... rutin tiap2 tahun cmni la.. anak sulung kena responsible kan.. x gitu... ni aku pening sebab xtau mana ada juai bunga... nak tabur atas pusara tu... kang ku rembat gak bunga2 umah tokwan aku... ngamuk org tua tu kang... dan aku still pikir apa erti Syawal kali ini selain meraikan kejayaan berpuasa di bulan ramadhan tahun ni... malam raya kut baru ada mood raya.... tapi aku ingat nak balik kampung pagi2 raya... syok skit... bawa motor sambil pakai baju melayu segak bergaya... di sertakan sampin... perhhh...(start merapu).. sowi la tau aku xtau ''PENULISAN BLOG'' tu mcm mana... sebab baru lg kan dlm dunia blogerz ni...  tp xpe aku akan blajar n research blog2 org lain,tgk apa yg diorang selalu post entri... huhuhu....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ke 23 berpuasa

Allhamdulillah sempurna puasa hari ke 23... cuaca kat penang ni pon dok hujan2 je bila masuk minggu2 terakhir bulan puasa ni... hujan rahmat ni... hari x g mana pon.. dok umah sambil renovate blog aku je... dah tu dok tringat si dia kat sana... aku baru je semalam sampai dari KL g melawat dia.. dia excident.. seb bek dia x pape... kekadang dok jauh pon susah... bila dia dlm kesusahan, aku bukan leh onthe sport nk ada sblah dia... leh mesej n call je... kereta dia je yg hancur... so xde transport nak g keje... kena la aku g sana utk anta dia g keje...then ku balik la smalam sebab dia kata xpe minggu ni kawan dia leh anta dia g keje... then hari ni, tetibe kawan dia g tnjung malim... adess... sian dia xde sapa amik dia kat tmpat keje dia td... teksi mana nk ada time jalan dok jem... dah dekat senja baru la ada kawan dia mai amik  ... erkk kawan laki (xjeles pon)... lega la ada org mik dia... aku lak kua ngan kawan baik aku Tarmizi yg dok paksa buka puasa ngan family dia kat umah... adess... malu cek... sebelum tu kami dua kua tgk wayang... cerita cowboy & alien .... hahahaha mcm couple plak... pastu g airport tgk kapai terbang naik n trun (xde keje)...  erk sumpah kami bukan GAY...sempat gak la aku bergambar ngan kereta kegilaan aku... jadi la dapat dok ngan gambo je... 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Renungan

kita beLajar meLupakan seseorang yg meLupakan kita..
kita beLajar memaafkan semua yg mnyakiti kita..
kita beLajar untuk jadi yg terbaik untuk org yg kita sayangi..

tapi sesuatu yg tak bisa kita pelajari iaitu :

"harus beLajar tersenyum disaat org yg kita sayangi menyayangi org Lain
"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ke 14 berpuasa

Assalamualaikom semua pembaca.... apa khabar anda semua... harap anda semua sihat2 la ye...  hari ni dah masuk hari ke 14 iaitu 2 minggu di bulan ramadhan.... x sedar kan masa berlalu begitu pantas kan sekarang ni... so apa aktiviti korang hari ni...?? mesti ada yg bersiap2 nak beli2 baju raya, beli perkakas dapur nak buat kueh biskut2 raya kan kan... macam aku plak arini dok umah je... xde aktiviti pon... just mengadap laptop aku ni je... harini baru la aku start edit medit aku punya blog... ades... malu aih kat hampa.... sian aku lembab n buta it skit... hampa tengok la blog aku ni.... ntah pape kan... hurmm xpe xpe... ni tengah renovate lagi ni...hujung tahun siap kut....aku sebenarnya niat di hati memang nak tido je arini.... tapi.... jiran aku punya jiran punya anak2 dok wat huru hara kat lua umah aku ni.... dok nyanyi lagu raya la... dok main sep sep tom tom la.... pastu bergaduh jerit merit... huishh mcm nak cekik2 je budak2 tu... nasib baik la bulan posa... sabo je la telinga mendengarnya.... jam sekarang pukul 2.54pm... aku sebenarnya x tdo lagi dari semalam.... xtau la pasai pa.... ni klu aku lena,comform aku jaga masa terawih rakaat ke 14....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Haaa..... ni la wajah aku sekitar bulan 12 tahun lepas.... kiut x.... wajah aku ni tiap masa akan berubah.... so kawan2 rapat masa zaman aku skolah dulu pon kadang x cam sapa aku.... hurm... klu korang nampak muka ni kat mana2 tegur la n salam la aku ok... xpe aku peramah... cewahh.....

Add caption

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ke 8 berpuasa tahun 2011

~Sahur time~


4.45am: Masak nasi untuk sahur... goreng2 telur...
4:55am: Tgk2 fb sat sementara tunggu nasik masak
5.10am: Pi dapoq nak cedok nasik... buka2 periuk... nasik x masak... sebab apa... AKU LUPA NAK TEKAN PERIUK NASIK TU UNTUK MASAK.... grr grrrrr.......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bismilahhirahmannirahim......

Assalamualaikom.... erkk.. baru pertama kali buat blog ni... ades... xtau nak taip pape lg...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS