Blog Geng

CARA-CARA DAFTAR NAMA DALAM CHATROOM

-klik di ''setname'' di petak chatroom sebelah kanan bawah
-klik sign up
-masukkan username, password dan email anda
-jika keluar perkataan ''this screen has be taken, maknanya nama tu dah ada orang guna.. so guna username lain ok..
-lepas dah lepas proses isi username, leh la isi gambar....

KEPADA MEREKA YANG TAK DAPAT DENGAR MUZIK, SILA KLIK LINK INI KEMUDIAN REFRESH..http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2F67.220.77.92%3A8000%2Flisten.pls&h=dAQBAOyAs

''SELAMAT BERCHATING SAMBIL MENDENGAR WORLDWIDE RADIO FM
HIBURAN SEPANJANG MASA"

UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI RADIO INI SILA KLIK LINK INI http://w0rldwide.webs.com/chatroom.htm

Jumlah Paparan Halaman

ZUL. Dikuasakan oleh Blogger.

Bukan kaki mohong

Bukan kaki mohong

Followers

Radio Penang FM

Lagu Dimainkan: Loading...

Kotak Permintaan Lagu

TWITER

Chat box

RSS

Kebaikan Surah ini....

                               

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta izin lagi untuk berkongsi.


Salam Ukhuwah..~

                                  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Info untuk pengguna Cyber cafe


HATI2 GUNA CYBER CAFE !!

Hal yg sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe...
Ok,sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak..
Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...
                                             

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah
tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua..

Oppss..Jangan lupe kongsi dengan kawan-kawan yang tak tahu ye..:)..

sumber : wikipedia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa..



                                                   



Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!
Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...

By: Dominique Padua Balaba

Diterjemah : FittoFitt

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 golongan lelaki yang akan.........

                           Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
                         masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
                         yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
                                            amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tutup aurat dan.........

Ish ish ish..... tajuk apa ni kan..... tetibe macam macam plak aku nak taip malam ni.... maklomlah xleh tido.... ilham pon datang di kala hujan lebat di lua umah ku ni....terlebih dahulu aku nak minta maaf la kepada wanita yg x bertudung.... bukan apa, apa yg aku nak kongsi ni adalah 1 mesej yg mungkin akan menyedarkan anda suatu masa nanti.... xda niat nak ngata pape ok.... 

Andai kata la.... aku tanya.... Why x pakai tudung...???  rasa2 apa alasan yg paling boleh di terima pakai n jawapan yg korang boleh bagi.....


Ada yg berkata " berpakaian menutup aurat dan bertudung nanti x cantik x comel.."  Siapa kata x cantik kalau bertudung, bahkan lagi kelihatan manis, beradab, bersih dan ada gaya tersendiri kan... macam2 fesyen tudung dah ada kat pasaran sekarang kan.... sekali gus membezakan antara Muslimah dan bukan islam... Aku respek gak la pada pereka2 fesyen tudung sekarang ni, tudung makin cantik2.... makin ramai dah wanita yg dah pakai tudung....kekadang artis2 tempatan yg baru meningkat naik yg bertudung pon banyak gak membantu... ramai yg terikut2 nak pakai tudung mcm artis tu.... dalam facebook pon ada iklan2 tudung... bagus bagus bagus... tp pakai tudung jgn niat nak lawa je taw...
Pakai tudung dan tutup aurat ni adalah 2 benda yg berbeza... ramai yg bertudung tetapi tidak menutup aurat. Tutup aurat ada konsep dan falsafahnya. ia dibuat atas dasar iman dan cara perlaksanaan mengikut syariat dan tujuan akhirnya untuk mencapai akhlak. Tapi pakai tudung ni macam2.. mungkin niatnya nak 'galmour' mahu cantik dan bergaya...

Ada gak kekadang aku terfikir, why orang yang bertudung masih x boleh jaga akhlaknya.... contohnya mengata orang itu ini... cakap main lepas je...  kekadang orang yang x pakai tudung lagi baik perangainya.... ok aku bagi satu jawapan yg ringkas kat sini ok...
Wanita bertudung = wanita yang pakai helmet
Wanita tak bertudung = wanita yang tak pakai helmet
ok klu kita tgk di sini ye... apabila kita menunggang motor kita mesti mengikut "peraturan jalan raya" iaitu memakai helmet... bukan setakat memakai helmet je, ke semua peraturan jalan raya dia kena ikut... klu x ikut mmg dia salah... so macam tu jugak dengan wanita bertudung ni... pakai tudung saja x cukup,  peraturan dan konsep bertudung ni kena betul... sikap kita apabila bertudung harus di jaga dan di niatkan dgn ikhlas... ok bagi wanita yg tak pakai helmet ni plak, walaupon dia pandu ikut peraturan, pandu pon slow2, nak belok simpang pon angkat tangan macam dok training kat tapak ujian memandu, tapi dia x pakai helmet... so tetap salah gak.... so pada yg masih blom bertudung lagi.. anda bila lagi...??? masih ada masa lagi ni... jangan tunggu seru ok... (jangan la marah aku wei, aku nasihat ja ni)

Ok now aku nak bagitau sebenarnya ada  kebaikan bertudung ni sebenarnya... yg aku nak gtau ni adalah dari aspek sains.... hehehhe.... aku dah research sebenarnya sebelom nak buat entri ni...ok aku dapat benda ni dari artikel" The Science Behind The Veil" di islamOnline.net tulisan Karima burns

Ujian menunjukkan 40% - 60% daripada kepanasan badan seseorang hilang di kepala...justeru itu menutup kepala terutama pada musim sejuk dapat mengawal suhu mereka berbanding mereka yg x menutup kepala..Pakar otak pulak ada mengatakan fosforus otak boleh mencair apabila suhu otak naik ke 108'o ferenhet...keadaan ni bleh terjadi pada mereka yg terdedah pada panas terik tanpa menutup kepala... kalau fosforus otak cair, fungsi otak akan berkurangan, kekadang otak boleh bertindak negatif...

Kekadang kan ada yg berkata rambut adalah mahkota...jadi kenalah tunjuk...kata kata ni sgt x betul... kalau rambut adalah mahkota, kena la simpan baik baik... contoh kata la korang ni Puteri la yg ada mahkota... kalau nak kelua pi mana, mesti x pakai kan mahkota tu... majlis2 tertentu je baru pakai mahkota tu kan...

Pape pon tunjuklah mahkota tu pada suami tercinta sahaja, bukannya dikongsi dengan orang lain.Ada pula yg berkata ikut fesyen moden sekarang dengan seksi dan terdedah senang nak pikat lelaki dan dapat kekasih.. aduhai remaja, jangan rendahkan martabat kita sebab bimbang nanti ada lelaki akan mempermainkan anda. 



                                  Ingatlah, pakaian ahli syurga ialah menutup aurat.... 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mencintai dan di cintai.... apa yang beza nye kan...

Hiyarkkk..... tetibe sekali lagi entry aku bercerita tentang CINTA lagi.... ewah ewah... mcm doktor cinta plak.... ok... sapa yg x pernah alami n menyelami perasaan berCINTA sesama insan kan.... mesti semua akan lalui punya klu nyawa kita still panjang kan.... yg membezakan kita cuma cara ianya bermula, berputik (Lagu Dari Sinar Mata di putarkan) hehehee...  dan juga jalan cerita CINTA kita kekadang ada yg sad ending... ada yg terhalang oleh org tua... ada yg x panjang nyawa... ada yg hepi ending di tangan tok kadi.... n x salah kan klu aku katakan ada yg bercinta just sebab nafsu semata mata kan zaman la ni... aiyark... klu leh elakkan lah dari cinta sbb nafsu ni ok...

 
Ok.... aku nak tanya ni.... apa beza Di cintai dan Mencintai seseorang...??
Hurmmm.... agak2 kan... yg mana lebih bahagia kan antara org yg Dicintai dan org yg Mencintai.....  ramai gak aku tanya soalan ni kat kawan2 aku.... masing2 pilih " Baik aku Dicintai"... why??? 
  • Maybe sebab kita x perlu risau apa yang kita lakukan, si dia xkan bantah, sbb dia yg syg kita.... so disini kita leh tengok ada setengah org ego nye lain skit sebab dia di cintai..... ikut suka dia je nk wat apa tanpa bg tahu pasangan nya kan... erkk betul ke aku merepek ni... hehehe paham ke apa yg aku cuba gtau ni....
  • Maybe sebab klu kita Di cintai, kita rasa kita ni ada kelebihan sebab kita Di cintai tanpa di minta... so di sini ada la niat nak main kayu 3 kayu 4 5 6 7 8 kayu hoki kayu buta kayu... sbb ego nye lain mcm klu kita Di cintai... walaupun kita x buat tapi mesti ada pernah terdetik kan nak buat kannn....
  • Maybe sebab rasa bebas.... ya bila kita Dicintai, terasa la bebas sbb kita Dicintai, bkn mencintai nya n bkn kita yg pinta cinta tu kan... so sometime ada la yg main ugut2 pasangannya kan... " ok fine kita putus la cmni".... betul x.... ikut suka dia je kan... mentang2 la kita yg mencintai nya...  
  • Maybe sebab klu Di cintai, erk apa lagi apa lagi... td byk dah aku dok pikir....
Sbenarnya byk lagi aku dok terlintas kat otak aku ni... bila nak taip aku dah lupa... mungkin sebab tadi lipas terbang atas rambut aku.... hampeh nye lipas... mcm mana leh sesat dlm umah ku ni ku pon xtau.... terlupa abis apa ku nak taip tadi....

aku rasa takat ni je la kut entry pendek ku ni.... bagi aku la kan.... Mencinta dan Dicintai tu sama je.... tapi satu nasihat pada org yg Dicintai.... Hargailah org atau insan yg Mencintai kita tu.... sbb mungkin itu adalah jodoh korang... mungkin klu korang main kan hati diorang, suatu hari nanti anda mencintai org lain... anda akan rasa apa yg korang dah buat pada org yg mencintai korang suatu masa lalu.... Allah Maha Adil...

Bersyukurlah  bila kita Dicintai seseorang... cubalah menyayanginya ok.... jgn sesekali abaikannya n tinggalkan dia.... apa yg penting dlm CINTA adalah ikhlas jujur .... InsyaAllah bahagialah kita.... letakkan cinta sesama insan nmber 2 dalam hati korang.... nmber 1 cinta kita pada Yang Maha Agung.... ok...  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS