Blog Geng

CARA-CARA DAFTAR NAMA DALAM CHATROOM

-klik di ''setname'' di petak chatroom sebelah kanan bawah
-klik sign up
-masukkan username, password dan email anda
-jika keluar perkataan ''this screen has be taken, maknanya nama tu dah ada orang guna.. so guna username lain ok..
-lepas dah lepas proses isi username, leh la isi gambar....

KEPADA MEREKA YANG TAK DAPAT DENGAR MUZIK, SILA KLIK LINK INI KEMUDIAN REFRESH..http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2F67.220.77.92%3A8000%2Flisten.pls&h=dAQBAOyAs

''SELAMAT BERCHATING SAMBIL MENDENGAR WORLDWIDE RADIO FM
HIBURAN SEPANJANG MASA"

UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI RADIO INI SILA KLIK LINK INI http://w0rldwide.webs.com/chatroom.htm

Jumlah Paparan Halaman

ZUL. Dikuasakan oleh Blogger.

Bukan kaki mohong

Bukan kaki mohong

Followers

Radio Penang FM

Lagu Dimainkan: Loading...

Kotak Permintaan Lagu

TWITER

Chat box

RSS

KL Gangster 2... Malik is back..!!!

Ok kali ni aku nak kongsi pasai filem yg paling aku suka iaitu KL gengster.. sebab aku suka hero dia... daripada dulu aku tringin tengok dua hero yg paling aku suka berlakon iaitu Aaron aziz dan Rosyam nor.. akhirnya pada Filem KL Gengster // ni mereka di gabungkan... wehuuuu... tak sabar nak tunggu filem ni di tayangkan... comform meletup lagi la... Dikatakan filem KL Gengster // ni adalah filem termahal yg di bikin oleh Skop Prduction.... huyoo... tahniah..!!! sempoi la.. jom baca sinopsis cerita ni n tengok gambar2... hehehe...
Pelakon

Syamsul Yusof,Aaron Aziz,Adi Putera,Sofi Jikan,Zizan,Sheera Iskandar dan Rosyam Nor

Sinopsis
Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.
Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.
Sementara itu,Tailong(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatanTailong.

Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof)
merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.


King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya.

Bermulanya konflik dan dendam antara Malek danTailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

anything possible berkata...

AnjulPenang...
JOM ler tgk sama2..Ajak BulanPenang skali=)

Catat Ulasan